INFO TERKINI

JADUAL OPERASI BAGI NADI SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2024


Waktu operasi bagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sepanjang bulan Ramadhan 2024


PEDi DIKENALI SEBAGAI NADI


Yb Fahmi Fadzil Menteri Komunikasi telah mengumumkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan berkuat kuasa pada 1 Mac 2024.


NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PEDi SRI JAYA


Dimaklumkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Sri Jaya tidak akan beroperasi buat sementara waktu bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan, penyelenggaraan dan pemindahan perkakasan di PEDi.

PEDi berkemungkinan akan dipindahkan di premis lain. Untuk info semasa mengenai PEDi boleh layari sosial media PEDi.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi :

1. Rozilah (016-203 5326/ Pengurus)
2. Puteri Nur Affreena (016-203 5326/ Penolong Pengurus)


PEDi SEBAGAI KAUNTER FIZIKAL UNTUK PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)


Untuk makluman semua, sejumlah 641 PEDi yang terpilih oleh Pihak DOSM bagi tujuan kaunter fizikal PADU @PEDi.

Tempoh pelaksanaan PADU di PEDi : 2 Januari 2024 - 31 Mac 2024.

Pangkalan Data Utama (PADU) mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara di Malaysia. PADU ini meningkat kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Peranan PEDi Dalam Pelaksanaan PADU
1. Melakukan hebahan mengenai PADU di sosial media dan komuniti setempat
2. Berfungsi sebagai lokasi dan tempat strategik sebagai saluran kepada rakyat untuk mengemaskini maklumat PADU
3. Pemudahan/One stop Center kepada komuniti setempat untuk melaksanakan pengemaskinian maklumat PADU secara dalam talian
4. Bersama-sama dengan DOSM negeri dalam gerak kerja perlaksanaan PADU diperingkat lapangan bagi PEDi yang terpilih untuk memastikan rakyat dapat mengemaskini maklumat



Senarai PEDi yang beroperasi sebagai kaunter fizikal PADU mengikut Negeri (CelcomDigi @CCMSB)



SESI TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN KEPADA USAHAWAN PEDI SIRI 6/2023


Untuk makluman, pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu salah satu rakan strategik Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) akan menganjurkan Siri 6/2023 Webinar Pendaftaran Perniagaan kepada Usahawan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) pada 26 Disember 2023 (Selasa).


Untuk pertanyaan lanjut berkenaan webinar ini boleh menghubungi pegawai SSM berikut:

1. Cik Afrina Ahmad Mazelan (03-22995440 / afrina@ssm.com.my)
2. Encik Muhammad Zaim Hamdan (03-2299 4425/ zaim@ssm.com.my)


TINJAUAN PENDIGITALAN PMKS NASIONAL


Untuk makluman Tuan/Puan, pihak MDEC dengan kerjasama pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang membangunkan sebuah kajian nasional berkaitan "Pelan Hala Tuju Pendigitalan PMKS Nasional (NMDR)".

Objektif utama kajian ini adalah untuk menyediakan sebuah Pelan Hala Tuju bagi Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam inisiatif pendigitalan mereka sehingga tahun 2030.

Objektif tinjauan ini adalah:
• Untuk menentukan tahap kesedaran digital, kematangan digital dan persona digital PMKS;
• Untuk memahami isu & cabaran dalam mendigitalkan operasi harian PMKS;
• Untuk memahami keutamaan pendigitalan dalam PMKS; dan
• Untuk mendapatkan maklum balas, pandangan, dan cadangan dalam usaha penerimagunaan digital untuk PMKS.

Tinjauan ini terbahagi kepada 3 bahagian dan akan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk dijawab.

Tinjauan ini boleh dikases melalui pautan berikut https://forms.office.com/r/fSX7iu6raJ atau imbas kod QR seperti yang tertera pada poster yang disertakan. Tarikh akhir bagi penyertaan tinjauan ini adalah pada 31 Disember 2023.



NOTIS PENUTUPAN PEDi NEGERI JOHOR SEMPENA CUTI KHAS PERISTIWA


Dimaklumkan bahawa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Negeri Johor tidak akan beroperasi bersempena cuti khas



NOTIS MENGHADAPI BANJIR


Semua sedia maklum hujan lebat di beberapa kawasan atau negeri. Jadi notis ini menyediakan langkah-langkah menghadapi banjir sebelum,semasa dan selepas banjir.


NOTIS PENUTUPAN PEDi SEMPENA DEEPAVALI


Dimaklumkan bahawa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) tidak akan beroperasi bersempena Deepavali


NOTIS PENUTUPAN PEDi SEMPENA MAULIDUR RASUL


Dimaklumkan bahawa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) tidak akan beroperasi bersempena Maulidur Rasul


JEMPUTAN TAKLIMAT BAGI PENDAFTARAN PERNIAGAAN DAN SSM


Untuk makluman, rakan strategik PUPUK iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan sesi Taklimat Pendaftaran Perniagaan kepada Usahawan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK).


Program webinar ini akan memberikan penerangan berkenaan pendaftaran perniagaan SSM serta tawaran inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada kepada golongan sasaran serta penerangan berkenaan Kod QR SSM BizTrust yang merupakan “Business Starter Kit” yang diberi secara PERCUMA kepada usahawan seperti berikut:


Untuk pertanyaan lanjut berkenaan webinar ini boleh menghubungi pegawai SSM berikut:

1. Encik Muhammad Redza Bakhtiar (03-2299 5297/mredza@ssm.com.my

2. Encik Muhammad Zaim Hamdan (03-2299 4425/zaim@ssm.com.my


PROMOSI PROGRAM KERJASAMA DENGAN TCS : SEEDLAB


Dimaklumkan bahawa MCMC(melalui Sektor Pembangunan Industri-IDS) telah menandatangani Surat Kerjasama dengan Perkhidmatan Perundingan TATA dan mereka akan memulakan kerjasama melalui pengenalan program "Seedlab"


SIARAN LANGSUNG MAJLIS AMANAT PERDANA HARI KEBANGSAAN BERSAMA YAB PERDANA MENTERI 2023


Dimaklumkan YAB Perdana Menteri akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan seperti ketetapan berikut



SIRI LATIHAN SOLUSI PERNIAGAAN MELALUI PEMASARAN DIGITAL


Pihak MCMC telah berkolaborasi dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang mana akan menganjurkan Siri Latihan Solusi Perniagaan Melalui Pemasaran Digital melalui platform Agrobazaar Online di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) terpilih di seluruh Negara.


Fasa pertama bermula 26 Julai 2023 sehingga 14 Disember 2023 bakal melibatkan enam (6) Negeri seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan yang mensasarkan usahawan pengedar dan pemasar produk pertanian dan industri makanan dikalangan komuniti PEDi.


Dua (2) sesi latihan melibatkan 10-15 peserta berlainan atau maksimum 30 orang sehari untuk tarikh-tarikh yang ditetapkan di PEDi terlibat. Para usahawan terlibat akan dibimbing untuk memasarkan dan mempromosikan produk secara online di platform Agrobazaar Online serta lain-lain keperluan sokongan oleh FAMA.




JEMPUTAN TAKLIMAT BAGI PENDAFTARAN PERNIAGAAN DARI SSM


Untuk makluman, rakan strategik PUPUK iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan sesi Taklimat Pendaftaran Perniagaan Siri 3/2023 di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK).


Program webinar ini akan memberikan Penerangan Berkenaan Pendaftaran Perniagaan SSM serta turut menawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara dan juga penerangan berkenaan Kod QR SSM BizTrust yang merupakan “Business Starter Kit” kepada usahawan yang diberi secara PERCUMA seperti berikut:

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan webinar ini boleh menghubungi pegawai SSM berikut:
1. Encik Muhammad Redza Bakhtiar (03-2299 5297/mredza@ssm.com.my
2. Encik Muhammad Zaim Hamdan (03-2299 4425/zaim@ssm.com.my



NOTIS PENUTUPAN PEDi SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA


Dimaklumkan Bahawa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) tidak akan beroperasi bersempena Hari Raya Aidiladha


NOTIS PENUTUPAN PEDi NEGERI KEDAH DAN PERLIS SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA


Dimaklumkan Bahawa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bagi negeri Kedah dan Perlis tidak akan beroperasi bersempena Hari Raya Aidiladha


NOTIS PENUTUPAN PEDi NEGERI KELANTAN DAN TERENGGANU SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA


Dimaklumkan Bahawa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bagi negeri Kelantan dan Terengganu tidak akan beroperasi bersempena Hari Raya Aidiladha


JEMPUTAN PROGRAM SSM BIZSTART SIRI 3/2023


Untuk makluman, rakan strategik PUPUK iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) bercadang menganjurkan sesi program SSM BizStart Siri 3/2023. Program yang julung-julung kali diadakan secara dalam talian tersebut terbuka kepada komuniti para usahawan, Rakan Digital dan Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

Program SSM BizStart akan memberikan penekanan kepada lima (5) topik utama seperti berikut:
• Pendaftaran Perniagaan
• Rancangan Perniagaan
• Platform Perniagaan
• Fasiliti Perniagaan
• Pengurusan Kewangan Perniagaan

Pelbagai cabutan bertuah, permainan Kahoot serta sesi forum bersama rakan strategik latihan dan pembiayaan seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA), Perbadanan Nasional Berhas (PERNAS) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).


SESI TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERCUMA DARI SSM


Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menganjurkan satu program untuk setiap bulan bermula Mei 2023. Program tersebut ialah Sesi Taklimat Pendaftaran Perniagaan sebagai salah satu aktiviti di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) dan program ini juga kerjasama bersama pihak Malaysia Communication And Multimedia Commission (MCMC). Program Ini dianjurkan bagi memberi Penerangan Berkenaan Pendaftaran Perniagaan SSM serta turut menawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada golongan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya. Selain itu juga, penerangan berkenaan Kod QRSSM BizTrust yang merupakan “Business Starter Kit” kepada usahawan yang diberi secara percuma.

Pihak SSM menyarakan kepada peniaga-peniaga seperti berikut untuk mengikut program ini :-

i. Peniaga kecil dan Penjaja (Separuh masa/ sepenuh masa)
ii. Peniaga atas talian dan media sosial
iii. Peniaga secara jualan langsung, dropshipper, agen insurans, agen penapis air dan sebagainya
iv. Pelajar IPT

Untuk yang berminat boleh mengimbas kod qr/tekan link bagi mendaftar pengesahan kehadiran yang ada disediakan.

Link Pendaftaran : https://forms.office.com/r/hsaHXuA4Dc

Sebarang pertanyaan berkenaan program ini, tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai SSM berikut:
a. Encik Muhammad Redza Bakhtiar (03-2299 5297/mredza@ssm.com.my).
b. Encik Muhammad Zaim Hamdan (03-2299 4425/zaim@ssm.com.my).


JELAJAH ANTISCAM KEBANGSAAN 2023


Pengguna internet mesti ingin menggunakan internet dengan selamat. Maka dari itu, pihak celomdigi telah membuat satu booklet untuk panduan masyarakat sekitar. Didalam booklet ini mempunyai pemahaman mengenai kepentingan prisvasi dan data peribadi, risiko perkongsian secara berleluasa dalam talian, pembulian siber dan pelbagai jenis scam. Cara untuk kenalpasti dan juga cara mencegah boleh rujuk pada poster yang disediakan.

Berikut ialah sebagai pengguna telefon pintar dan sosial media perlu menggunakan 8 amalan privasi untuk melindungi anak dalam talian.

i. Mulakan perbualan mengenai privasi.
ii. Gandakan keselamatan peranti dengan kata laluan yang kuat.
iii. Jangan berikan kebenaran untuk mengakses peranti sepenuhnya.
iv. Sentiasa berfikir panjang sebelum memuat turun dan membuka sesuatu fail.
v. Elakkan daripada berkongsi foto atau video yang berlebihan di media sosial.
vi. Hanya mempercayai laman web yang terdapat ikon berbentuk mangga atau bermula dengan http://.
vii. Melindungi diri dengan tetapan privasi di media sosial,hadkan akses kepada orang yang dipercayai sahaja.
viii. Elakkan daripada mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi dalam talian.

Untuk melakukan semakan dan laporan boleh menggunakan aplikasi dan juga nombor telefon dibawah

1. National Scam Response Center (NSRC)
• Hubungi : 997
8 Pagi – 8 Malam (Setiap Hari)

2. Semakmule
• Muat Turun : Check Scammers CCID

3. CCID Infoline
• WhatsApp : 013-2111222

4. Akuan Rasmi
Facebook, Tiktok Dan Instagram :
• @JSJKPDRM
• @CYBERCRIMEALERTRMP


NOTIS PENUTUPAN PEDi SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI


Dimaklumkan bahawa semua Pusat Ekonomi Digital (PEDi) tidak akan beroperasi sempena Hari Raya Aidilfitri


NOTIS PENUTUPAN PEDi SEMPENA NUZUL AL-QURAN


Dimaklumkan bahawa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) tidak akan beroperasi sempena Nuzul Al-Quran


NOTIS PENUTUPAN PEDi NEGERI JOHOR,MELAKA DAN KEDAH SEMPENA AWAL RAMADHAN


Dimaklumkan bahawa semua Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Negeri Johor, Melaka dan Kedah tidak akan beroperasi sempena awal ramadhan.


NOTIS PENUTUPAN NEGERI JOHOR SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR DAN AWAL RAMADHAN


Dimaklumkan bahawa semua Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Negeri Johor tidak akan beroperasi bagi cuti pelepasan am bersempena Hari Keputeraan Sultan Johor dan Awal Ramadhan.


NOTIS BAGI WAKTU OPERASI SEPANJANG BULAN RAMADHAN


Dimaklumkan bahawa semua Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan beroperasi mengikut notis yang dilampirkan sepanjang bulan Ramadhan.


PELANTIKAN PENGERUSI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA


TAHNIAH
Seluruh warga kerja Pusat Ekonomi Digital (PEDi) seliaan CCMSB mengucapkan TAHNIAH kepada YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Bin Fateh Din atas pelantikan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang baharu bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa pada 1 Mac 2023.

Pihak kami bersedia memberikan sokongan penuh kepada tampuk kepimpinan YBhg. Tan Sri Mohamad Salim. Kami yakin YBhg. Tan Sri Salim akan dapat terus memacu sektor telekomunikasi dan multimedia Negara ke arah yang lebih tinggi dan cemerlang.

#pusatekonomidigital
#PEDi
#mcmc

TINJAUAN PENDAPAT UMUM TENTANG KESAN 5G KEPADA KESIHATAN DAN KESELAMATAN


Tinjauan Pendapat Umum Tentang Kesan 5G Kepada Kesihatab Dan Keselamatan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang mengadakan tinjauan tentang pandangan orang ramai berkenaan Pancaran Medan Elektromagnet (EMF) yang terhasil daripada 5G. Tinjauan ini diadakan menerusi Geran Penyelidikan Masyarakat Digital (DSRG) SKMM.

Borang kajian ini mengambil masa kira-kira 10 minit untuk dijawab dan ia bertanyakan berkenaan persepsi dan fahaman orang ramai tentang EMF daripada infrastruktur Komunikasi Radio 5G dan Peralatan Premis Pengguna (CPE). Ia termasuk kesihatan, keselamatan, serta impak kepada nilai pasaran hartanah jika menara 5G dibina berhampiran kawasan pengguna.

Kajian ini juga cuba untuk menilai persepsi pengguna tentang penggunaan pelindung khas dan aksesori untuk mengurangkan pendedahan. Ia turut bertanya tentang keyakinan pengguna terhadap polisi awam dan peraturan untuk melindungi masayarakat daripada pendedahan EMF. Kajian ini turut bertanya jika pengguna percaya vaksin ada mengandungi mikrocip 5G dan radiasi EMF 5G boleh meningkatkan penyebaran COVID-19.

Kaji selidik ini terbuka kepada orang ramai dan anda boleh menyertainya melalui pautan di bawah: https://forms.gle/gWAfgswGnBNCMwWh6


NOTIS PENUTUPAN PEDi NEGERI KEDAH SEMPENA PERAYAAN THAIPUSAM


Dimaklumkan Bahawa Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) bagi negeri Kedah tidak akan beroperasi bersempena perayaan thaipusam


NOTIS PENUTUPAN PEDi SEMPENA CUTI TAHUN BARU CINA


Dimaklumkan Bahawa Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) tidak akan beroperasi bersempena cuti tahun baru cina


PELANTIKAN PENGERUSI INTERIM SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA


TAHNIAH
Seluruh warga kerja Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) seliaan CCMSB mengucapkan TAHNIAH kepada YBhg. Datuk Muhammad Azmi Bin Mohd Zain atas pelantikan sebagai Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang baharu berkuat kuasa 5 Januari 2023.

Pihak kami bersedia memberikan sokongan penuh kepada tampuk kepimpinan YBhg Datuk. Kami yakin YBhg Datuk akan dapat terus memacu sektor telekomunikasi dan multimedia Negara ke arah yang lebih tinggi dan cemerlang.

#pusatekonomidigital
#PEDi
#mcmc

NOTIS PENUTUPAN PEDi FELDA TENANG


Dimaklumkan bahawa Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Tenang di tutup sementara waktu





NOTIS PENUTUPAN PEDi SEMPENA CUTI TAHUN BARU 2023


Dimaklumkan bahawa Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) tidak akan beroperasi bersempena cuti tahun baru 2023

Negeri Bagi PEDi Yang Perlu Ditutup :

1. Melaka
2. Negeri Sembilan
3. Pulau Pinang
4. Pahang
5. Selangor

Negeri Bagi PEDi Yang Beroperasi Seperti Biasa :

1. Terengganu
2. Kelantan
3. Kedah
4. Johor
5. Perlis

NOTIS PENUTUPAN PEDi SEMPENA PERAYAAN KRISMAS


Dimaklumkan bahawa Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) seluruh Negeri tidak akan beroperasi bersempena perayaan hari krismas.





NOTIS PEMINDAHAN PEDi PADANG MEHA DAN PEKAN NANAS


Seperti yang sedia maklum dua PEDi ini, iaitu PEDi Pekan Nanas & PEDi Padang Meha terlibat dengan pemindahan PEDi. Oleh itu, dilampirkan Notis Penutupan dan diminta petugas untuk mempamerkan notis di hadapan pintu Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) serta memuat naik poster tersebut ke dalam semua sosial media PEDi masing-masing.






PROGRAM INISIATIF GOOGLE GEMILANG


Program untuk membina kemahiran baharu dan persediaan untuk pekerjaan baharu atau kemajuan pekerjaan.





PENGUMUMAN PENGGABUNGAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI CELCOM DAN DIGI


Tahniah Celcom Digi!

Baru-baru ini, Axiata Group Berhad dan Telenor Asia Pte Ltd telah mengumumkan penggabungan syarikat telekomunikasi Celcom dan Digi bermula 1 Disember 2022. Menerusi penggabungan ini Celcom Digi secara rasminya menjadi syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia dengan lebih 20 juta pelanggan.


Penggabungan ini turut menyaksikan perlantikan Datuk Mohamad Idham Nawawi selaku Chief Executive Officer (CEO) manakala Mr Albern Murty sebagai Deputy CEO syarikat; masing-masing sebelum ini adalah CEO bagi Celcom dan Digi Telecommunications Sdn Bhd. Pada masa yang sama, Mr Joachim Rajaram dilantik sebagai Chief Corporate Affairs Officer manakala Tn Hj Shuhairy bin Abdullah dilantik sebagai Head of USP, Corporate Affairs Division. Antara pelbagai bertanggungjawab yang akan digalas termasuk mengawalselia fungsi dan keberkesanan sejumlah 307 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang masing-masing sebelum ini di bawah seliaan Digi dan Celcom.


Kami berbesar hati dengan perkembangan ini serta mengucapkan selamat maju jaya dan terus sukses kepda Celcom Digi untuk hari-hari yang mendatang.

Tahniah daripada kami mewakili warga PEDi seluruh Negara.


PELANTIKAN MENTERI KOMUNIKASI DIGITAL


Sekalung tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada YB Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil atas pelantikan sebagai Menteri Komunikasi Digital.





PELANTIKAN PERDANA MENTERI KE-10


Tahniah diucapkan kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Ke-10





PENGUMUMAN KERJASAMA PEDi DAN NINJA VAN SEBAGAI PERKHIDMATAN PUDO

Pengumuman Kerjasama PEDi Dan Ninja Van Sebagai Perkhidmatan PUDO

Pengumuman mengenai PEDi yang terpilih Sebagai Pusat PUDO untuk perkhidmatan Pick-up & Drop-off (PUDO). Sebanyak 114 PEDi yang terpilih oleh Ninja Van sebagai pusat Pick-up & Drop-off (PUDO)



PERLANTIKAN PENGERUSI PEDI SELURUH NEGARA

PERLANTIKAN PENGERUSI PEDI SELURUH NEGARA

Warga PEDi mengalu-alukan perlantikan PENGERUSI PEDi di kalangan pemimpin2 belia tempatan.

Perlantikan ini dilihat sejajar dengan usaha Kerajaan bagi meningkatkan pembangunan kemahiran masyarakat setempat mengenai penggunaan Internet dan bagi mempelopori peluang perniagaan melalui platform e-dagang, Pengerusi PEDi di setiap peringkat negeri telah diwujudkan oleh pihak Kerajaan.
Tahniah pada semua yang dilantik. Selamat menjalankan tugas dan amanah ini dengan sebaiknya.






PENUTUPAN SEMENTARA WAKTU PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi) SEMAMBU

PEDi SEMAMBU

Dimaklumkan bahawa Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Semambu ditutup buat sementara waktu akibat bencana alam. Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan



NOTIS PENUTUPAN PEDi JOHOR SEMPENA CUTI UMUN DAN CUTI PERISTIWA


Dimaklumkan bahawa Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) bagi negeri Johor akan di tutup sementara bersempena Cuti Pertistiwa susulan kejayaan pasukan Johor Darul Takzim melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan Cuti Umum Pelantikan Perdana Menteri ke-10 pada 27 dan 28 November 2022 (Ahad & Isnin).





NOTIS PENUTUPAN PEDi BERSEMPENA PELANTIKAN PERDANA MENTERI KE-10


Dimaklumkan bahawa Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) akan di tutup sementara bersempena Cuti Umum Pelantikan Perdana Menteri ke-10 pada 28 November 2022 (Isnin).





NOTIS PENUTUPAN PEDi SEMPENA PILIHAN RAYA UMUM (PRU15)


Dimaklumkan bahawa semua Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) akan ditutup bersempena Cuti Khas: Pilihan Raya Umum Ke-15(PRU15).





NOTIS PENUTUPAN PEDi NEGERI KELANTAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN


Dimaklumkan bahawa semua Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Bagi Negeri Kelantan Tidak Akan Beroperasi Sempena Hari Keputeraan Kelantan





NOTIS PENUTUPAN SEMUA PEDi SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI



Dimaklumkan bahawa Semua Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Tidak Akan Beroperasi Sempena Perayaan Deepavali



SESI LATIHAN DAN TAKLIMAT TADBIRURUS PEDi WILAYAH UTARA

PEDI WILAYAH UTARA

Minggu lepas, satu sesi Latihan dan Taklimat TadbirUrus PEDi telah dijalankan oleh pihak pengurusan bersama petugas- petugas Wilayah Utara di Cinta Sayang Resort, Sg Petani, Kedah. Pelbagai intipati menarik telah dikongsikan selama 2 hari sesi dijalankan khusus bagi meningkatkan lagi motivasi para petugas termasuk di kalangan Rakan Digital PEDi yang baru dilantik di Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Sesi turut diserikan dengan kehadiran barisan penceramah berpengalaman, pegawai Digi Telecommunication Sdn Bhd dan MCMC Pejabat Negeri Kedah. Beberapa PEDi turut menerima penghargaan / anugerah bagi pencapaian cemerlang masing2 dlm memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat. Antaranya:

Anugerah Pencapaian PEDi Terbaik 2022
1. PEDi Pdg Pauh
2. PEDi Kota Kuala Muda
3. PEDi Lembah Bujang

Anugerah DIGI Touchpoint @PEDi 2022
1. PEDi Changlun
2. PEDi Langgar
3. PEDi Padang Meha

Anugerah Khas
1. PEDi Sg Pinang

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta.

#DIGI
#MCMC
#PusatEkonomiDigitalKeluargaMalaysia
#PEDiDIGI
#LetsInspire



TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERINGKAT NASIONAL SIRI 04/2022

TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERINGKAT NASIONAL SIRI 04/2022

Ingin memiliki perniagaan tetapi tidak tahu cara memulakannya?
Jom ikuti sesi taklimat PERCUMA oleh rakan strategik PUPUK iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkenaan perkara ini - KHUSUS untuk para usahawan/peniaga2 kecil mahupun sesiapa sahaja yang baru ingin berjinak2 dengan dunia perniagaan. Dijemput semua yang berminat untuk menghubungi PEDi-PEDi berdekatan anda untuk mendaftar.

Tarikh : 26 Oktober 2022
Masa : 10 pagi hingga 11 pagi
Tempat : Microsoft Teams

Untuk senarai PEDi yang mengambil bahagian, layari:
http://www.digicbc.com/

Untuk mendaftar:
https://forms.office.com/r/hYN6XsLYri


PROGRAM PELUANG PEKERJAAN DENGAN KERJASAMA PEDi MELAKA DAN CARSOME

Program Peluang Pekerjaan Dengan Kerjasama PEDi Melaka Dan Carsome

Peluang terbaik untuk anda yang berminat dalam bidang automatif! Rebut peluang kerjaya bersama Carsome bagi pengambilan sesi 2022.

Daftar borang pra-kehadiran anda melalui QR code tersedia atau melalui link: https://forms.gle/nZqKJfG4m9K6DxUE8 dan kami akan menghubungi anda!

Bagi pertanyaan lanjut, adalah boleh menghubungi Encik Razik (+6014-2262 469)

Atau hubungi mana-mana PEDi Negeri Melaka berdekatan anda!

Ini merupakan satu lagi inisiatif kolaborasi PEDi (Negeri Melaka) dengan Carsome Malaysia. Untuk maklumna, Carsome merupakan platform e-dagang kereta bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara dan kini telah menubuhkan institusi teknikal pertamanya di negara ini.

#PusatEkonomiDigitalKeluargaMalaysiaDIGI


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2022

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022. Tulus Ikhlas Dari Petugas-petugas PEDi Seluruh Negara

NOTIS PENUTUPAN PEDi TERENGGANU SEMPENA CUTI PERISTIWA

Dimaklumkan Bahawa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Negeri Terengganu Tidak Akan Beroperasi Sempena Cuti Peristiwa

KEPUTUSAN PERTANDINGAN ADIK PEDi PANDAI MELUKIS 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa berikut merupakan keputusan PERTANDINGAN ADIK PEDI PANDAI MELUKIS 2022 yang telah diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia baru-baru ini. Sejumlah lebih 1,000 penyertaan di kalangan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah telah diterima dari seluruh Negara. Pemilihan telah dibuat berdasarkan ketepatan tema, kreativiti dan kekemasan seni yang dihasilkan. Keputusan para juri adalah muktamad.

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada para pemenang.

#PusatEkonomiDigitalKeluargaMalaysiaDIGI
#KeluargaMalaysia
#TeguhBersama




NOTIS PENUTUPAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Dimaklumkan Bahawa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tidak Akan Beroperasi Sempena HARI KEMERDEKAAN

TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERINGKAT NASIONAL SIRI 03/2022

TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERINGKAT NASIONAL SIRI 03/2022
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menganjurkan sesi taklimat Pendaftaran Perniagaan Peringkat Nasional Siri 03/2022 sebagai salah satu aktiviti di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) setiap bulan bermula Julai 2022 dengan kerjasama bersama pihak SKMM menerusi jaringan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) seluruh Negara.

Program ini bertujuan untuk memberi Penerangan Berkenaan Pendaftaran Perniagaan SSM serta turut menawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara PERCUMA kepada kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara dan juga penerangan berkenaan Kod QRSSM BizTrust yang merupakan “Business Starter Kit” kepada usahawan yang diberi secara PERCUMA.

Tarikh : Isnin, 26 September 2022
Masa : 10 am - 11 am
Platform : Microsoft Teams

UNTUK MENDAFTAR, SILA HUBUNGI PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI) DI BAWAH SELIAAN DIGI BERDEKATAN ANDA.

Senarai PEDi boleh disemak di laman: http://www.digicbc.com/



PERTANDINGAN MELUKIS ANJURAN DIGI

Dimaklumkan bahawa Pertandingan Melukis Anjuran Digi Untuk Kanak-Kanak Berumur Dibawah 12 Tahun

Jom sertai Pertandingan Melukis "ADIK PEDi BOLEH MELUKIS" anjuran Digi bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.
- Penyertaan dibuka kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah.
- Lukisan boleh disediakan dalam bentuk digital atau lukisan tangan.
- Saiz lukisan ialah dalam bentuk A4 format (21.0 x 29.7 cm).
- Lukisan yang dihasilkan harus menepati Tema : Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
- Lukisan terpilih yang dihantar sebelum 15 Ogos 2022 (Isnin) turut berpeluang untuk dipamerkan di ruang legar bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) di Putrajaya.
- Setiap peserta HANYA layak untuk menghantar satu [1] penyertaan
- Peserta haruslah merupakan pengguna & ahli di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)
- Tarikh akhir penghantaran: 20 Ogos 2022 (Sabtu).

Untuk penyertaan, sila hubungi petugas-petugas PEDi berdekatan dengan anda.

Senarai PEDi boleh didapati di: www.digicbc.com

#PusatEkonomiDigitalKeluargaMalaysia_DIGI
#KeluargaMalaysia
#TeguhBersama


MENCIPTA VIDEO PENDEK SEMPENA HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA

Bagi menyemarakkan lagi sambutan hari kebangsaan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengalu-alukan warga PEDi dan ahli PEDi yang berdaftar untuk menghasilkan video pendek bertemakan Keluarga Malaysia, Teguh Bersama. Melalui video pendek tersebut, PEDi secara tidak langsung dapat berkongsi manfaat serta peranannya kepada komuniti setempat dengan lebih meluas lagi. Penyertaan warga PEDi dan ahli PEDi adalah secara sukarela dan percuma.

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA BAGI NEGERI KEDAH, TERENGGANU DAN PERLIS

Dimaklumkan bahawa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tidak akan beroperasi sempena HARI RAYA AIDILADHA


NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA BAGI NEGERI JOHOR, MELAKA, SELANGOR, PAHANG, NEGERI SEMBILAN DAN P.PINANG

Dimaklumkan bahawa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tidak akan beroperasi sempena HARI RAYA AIDILADHA


NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA BAGI NEGERI KELANTAN

Dimaklumkan bahawa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tidak akan beroperasi sempena HARI RAYA AIDILADHA